Teori Pemilihan Kerjaya Holland diperkenalkan
pada tahun 1959 dan telah dikemaskini pada tahun 1966, 1973, 1978, 1985 dan
1996. Teori Holland dikenali sebagai teori pemilihan kerjaya Holland iaitu
sempena namanya dan juga turut dikenali sebagai teori Tipologi Holland. Teori Pemilihan
Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang
memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Tret-tret
personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran
sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional
boleh digambarkan sebagai ekspresi personality.(Sidek Mohd Noah, 2002). Fokus utama pemilihan Kerjaya
Holland adalah untuk menjelaskan tingkahlaku vokasional serta mencadangkan
beberapa idea praktikal untuk menolong individu memilih kerja, menukar kerja
serta memperoleh kepuasan bekerja (Holland 1996). Teori ini juga turut
membincangkan perkembangan jenis personaliti, perubahan personaliti,
kebolehan individu, tingkahlaku kerjaya, tingkahlaku pendidikan dan tingkahlaku
sosial.Pemilihan kerjaya
merupakan satu penglahiran perakuan yang mencerminkan motivasi, pengetahuan,
personaliti, dan kebolehan seseorang. Pekerjaan juga menggambarkan cara hidup
dan persekitaran, bukan semata-mata fungsi kerja atau kemahiran yang
berasingan. Dalam hal ini, kecenderungan dalam sesuatu kerja sebenarnya
menggambarkan beberapa keterangan iaitu motivasi dan pengetahuan individu
tentang pekerjaan, wawasan dan kefahaman tentang diri serta kemampuannya.
Manakala Teori
kepuasan kerjaya dan kehidupan kognitif sosial telah dikaji dalam beberapa
aspek termasuk kepuasan kerja dan kesejahteraan. Lent & Brown (2008)
berpandangan kepuasan kerjaya sebagai satu aspek subjektif kesejahteraan. Dengan
itu setiap orang, mempunyai kerjaya pilihan yang akan menentukan perjalanan
karier dalam kehidupan seseorang untuk memperolehi kepuasan bekerja mengikut
tahap umur yang berbeza. Membina pelan kerjaya dapat membantu individu
dalam mencapai matlamat kerjaya jangka pendek dan panjang serta merangka
langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil dalam usaha mencapai sesebuah
kerjaya yang diingini. Justeru, penulisan profil kendiri ini dibina bagi
membantu diri saya agar dapat melihat dengan lebih jelas segala perancangan dan
keperluan untuk merealisasikan rancangan kerjaya di masa sekarang dan akan
datang. Bagi merancang sesuatu kerjaya yang dipilih adalah penting berdasarkan
minat dan kecendurangan seseorang terhadap sesuatu bidang.
No comments:
Post a Comment