Wednesday, February 2, 2022

RIASEC TEORI KERJAYA HOLLAND

 

Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian oleh pengasasnya sendiri, John Lewis Holland, terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor.


Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang.

Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti.

PERSONALITI

CIRI

KERJAYA

REALISTIK

Individu yang mempunyai kemahiran etletik (athletic) atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan berbanding di dalam bangunan.

Pakar Sokongan Komputer, Pembinaan Tukang Kayu, Tukang Roti, Kulinari, Mekanikal Automotif, Juruteknik Elektronik

INVESTIGATIF

Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik.

Jurutera Mekanikal, Jurutera Perkakasan Komputer, Jurutera Elektrik, Jurutera Perindustrian, Jurutera Mekanikal, Pentadbir Sistem Rangkaian dan Komputer

ARTISTIK

Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi. Suka bekerja dalam situasi yang tidak/kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja yang rutin/berulang-ulang. Selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Artis Solekan, Pakar Kosmetologi, Artis Kraf, Pereka Floral

SOSIAL

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat melatih, menolong, memberitahu, memperkembang, mengubati dan berbuat kebajikan. Berkemahiran menggunakan kata-kata dan berkomunikasi. Matlamat utama – berbuat kebajikan.

Guru Pendidikan Vokasional, Guru Sains Komputer, Pakar Latihan dan Pembangunan

ENTERPRISING

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat mempengaruhi, memimpin, mengarah dan mengurus individu lain. Cekap memanipulasi orang lain. Matlamat akhir – keuntungan ekonomi dan organisasi.

Chef, Bartender, Pengurus Sistem Komputer dan Maklumat, Pengurus Kejuruteraan, Pengurus Latihan dan Pembangunan, Pengarah Bakat

KONVENSIONAL

Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Berkemahiran dalam bidang pengkeranian dan cekap menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, teratur, bersifat akur serta patuh kepada arahan.

Pengendali Komputer, Jurufoto Elektronik, Pencetak Kerja, Pereka Rangkaian, Pengendali Switchboard, Pembaca Meter

No comments:

Post a Comment

RIASEC TEORI KERJAYA HOLLAND

  Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian oleh pengasasnya sendiri, John Lewis Holland, terhadap personaliti yang memfokus ke...

FORUM