Saturday, January 29, 2022

INVENTORI PERSONALITI DIRI


Dalam pemilihan kerjaya yang bertepatan dengan diri dan minat, adalah penting untuk kita mengetahui dan mengenali sifat peribadi diri dari segi kebaikan dan kelemahan diri selari dengan jenis pekerjaan yang bakal dipilih serta kelayakan yang ada. Contohnya seseorang yang minat subjek matematik lebih cenderung untuk menjadi akauntan. Bandura (1986) percaya bahawa minat yang berterusan sepanjang masa timbul hasil daripada aktiviti-aktiviti  individu yang boleh menimbulkan kesan baik dan akan membawa kejayaan. Sebagai contoh apabila individu mencuba aktiviti bersukan dan mereka berasa seperti tidak bagus dan seterusnya akan hilang rasa minat terhadap sukan itu dan begitulah sebaliknya.

Terdapat beberapa jenis inventori personaliti diri yang dicadangkan untuk mengenali personaliti iaitu melalui ujian inventori seperti  Ujian Personaliti Sidek (IPS), Inventori Personaliti Warna (IPW), Big Five Inventory ( BFI), Inventori Minat Kerjaya, Ujian Psikometrik ,Ujian Nilai , Profile Inventori dan Ujian kepuasan bekerja (JDI) sedikit sebanyak dapat membantu individu dalam memilih kerjaya yang betul dan diminati mengikut personaliti dan pencapaian akademik. Bagi diri saya, sejujurnya pada awal penglibatan saya sebagai Jururawat saya tidak pernah terfikir atau bercita-cita untuk menjadi seorang Jururawat tetapi ingin menjadi Doktor. Kebarangkalian untuk menjadi Doktor sejak dari kecil adalah kerana kerjaya sebagai Doktor dianggap sebagai kerjaya yang berprestij dan telah mencapai tahap kepuasan tertinggi bagi seseorang individu dan juga telah mencapai tahap maksima dalam sesuatu pekerjaan. Oleh kerana pencapaian akademik saya tidak begitu memberangsangkan maka saya telah menceburkan diri dalam bidang kejururawatan yang mana masih dilaluan bidang yang sama dan berkaitan, seterusnya semasa menjadi pelatih jururawat minat itu telah timbul dalam diri mungkin kerana sifat semulajadi diri yang empati dan suka membantu orang sakit dan dalam kesusahan. 

No comments:

Post a Comment

RIASEC TEORI KERJAYA HOLLAND

  Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian oleh pengasasnya sendiri, John Lewis Holland, terhadap personaliti yang memfokus ke...

FORUM