Saturday, January 29, 2022

INVENTORI PERSONALITI DIRI


Dalam pemilihan kerjaya yang bertepatan dengan diri dan minat, adalah penting untuk kita mengetahui dan mengenali sifat peribadi diri dari segi kebaikan dan kelemahan diri selari dengan jenis pekerjaan yang bakal dipilih serta kelayakan yang ada. Contohnya seseorang yang minat subjek matematik lebih cenderung untuk menjadi akauntan. Bandura (1986) percaya bahawa minat yang berterusan sepanjang masa timbul hasil daripada aktiviti-aktiviti  individu yang boleh menimbulkan kesan baik dan akan membawa kejayaan. Sebagai contoh apabila individu mencuba aktiviti bersukan dan mereka berasa seperti tidak bagus dan seterusnya akan hilang rasa minat terhadap sukan itu dan begitulah sebaliknya.

Terdapat beberapa jenis inventori personaliti diri yang dicadangkan untuk mengenali personaliti iaitu melalui ujian inventori seperti  Ujian Personaliti Sidek (IPS), Inventori Personaliti Warna (IPW), Big Five Inventory ( BFI), Inventori Minat Kerjaya, Ujian Psikometrik ,Ujian Nilai , Profile Inventori dan Ujian kepuasan bekerja (JDI) sedikit sebanyak dapat membantu individu dalam memilih kerjaya yang betul dan diminati mengikut personaliti dan pencapaian akademik. Bagi diri saya, sejujurnya pada awal penglibatan saya sebagai Jururawat saya tidak pernah terfikir atau bercita-cita untuk menjadi seorang Jururawat tetapi ingin menjadi Doktor. Kebarangkalian untuk menjadi Doktor sejak dari kecil adalah kerana kerjaya sebagai Doktor dianggap sebagai kerjaya yang berprestij dan telah mencapai tahap kepuasan tertinggi bagi seseorang individu dan juga telah mencapai tahap maksima dalam sesuatu pekerjaan. Oleh kerana pencapaian akademik saya tidak begitu memberangsangkan maka saya telah menceburkan diri dalam bidang kejururawatan yang mana masih dilaluan bidang yang sama dan berkaitan, seterusnya semasa menjadi pelatih jururawat minat itu telah timbul dalam diri mungkin kerana sifat semulajadi diri yang empati dan suka membantu orang sakit dan dalam kesusahan. 

PENGENALAN TEORI HOLLAND DAN KERJAYA.


Teori Pemilihan Kerjaya Holland diperkenalkan pada tahun 1959 dan telah dikemaskini pada tahun 1966, 1973, 1978, 1985 dan 1996. Teori Holland dikenali sebagai teori pemilihan kerjaya Holland iaitu sempena namanya dan juga turut dikenali sebagai teori Tipologi Holland. Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personality.(Sidek Mohd Noah, 2002). Fokus utama pemilihan Kerjaya Holland adalah untuk menjelaskan tingkahlaku vokasional serta mencadangkan beberapa idea praktikal untuk menolong individu memilih kerja, menukar kerja serta memperoleh kepuasan bekerja (Holland 1996). Teori ini juga turut membincangkan perkembangan jenis personaliti, perubahan personaliti, kebolehan individu, tingkahlaku kerjaya, tingkahlaku pendidikan dan tingkahlaku sosial.Pemilihan kerjaya merupakan satu penglahiran perakuan yang mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti, dan kebolehan seseorang. Pekerjaan juga menggambarkan cara hidup dan persekitaran, bukan semata-mata fungsi kerja atau kemahiran yang berasingan. Dalam hal ini, kecenderungan dalam sesuatu kerja sebenarnya menggambarkan beberapa keterangan iaitu motivasi dan pengetahuan individu tentang pekerjaan, wawasan dan kefahaman tentang diri serta kemampuannya.

           Manakala Teori kepuasan kerjaya dan kehidupan kognitif sosial telah dikaji dalam beberapa aspek termasuk kepuasan kerja dan kesejahteraan. Lent & Brown (2008) berpandangan kepuasan kerjaya sebagai satu aspek subjektif kesejahteraan. Dengan itu setiap orang, mempunyai kerjaya pilihan yang akan menentukan perjalanan karier dalam kehidupan seseorang untuk memperolehi kepuasan bekerja mengikut tahap umur yang berbeza. Membina pelan kerjaya dapat membantu individu dalam mencapai matlamat kerjaya jangka pendek dan panjang serta merangka langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil dalam usaha mencapai sesebuah kerjaya yang diingini. Justeru, penulisan profil kendiri ini dibina bagi membantu diri saya agar dapat melihat dengan lebih jelas segala perancangan dan keperluan untuk merealisasikan rancangan kerjaya di masa sekarang dan akan datang. Bagi merancang sesuatu kerjaya yang dipilih adalah penting berdasarkan minat dan kecendurangan seseorang terhadap sesuatu bidang.

RIASEC TEORI KERJAYA HOLLAND

  Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian oleh pengasasnya sendiri, John Lewis Holland, terhadap personaliti yang memfokus ke...

FORUM